ATM kerah 200 anggota, empat aset kesan murid Orang Asli yang hilang

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerah lebih 200 anggota dan empat helikopter bagi membantu operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lepas.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pihaknya dipanggil membantu operasi mengesan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi di Gua Musang, Kelantan itu, yang dikendalikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1 Sept lalu.



"Kita telah mengerahkan anggota, helikopter tempur jenis Agusta dan unit anjing pengesan untuk membantu operasi mengesan tujuh murid Orang Asli yang hilang itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia di Bernama TV, di sini, hari ini.

Zulkifeli berkata ATM diberi tanggungjawab mengesan mangsa di kawasan yang mempunyai kemungkinan mereka berada seperti di dalam hutan.

Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana didapati mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selain ATM dan PDRM, operasi itu turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Share on Google Plus

About Unknown

Nothing can stop a person with strong determination from achieving their dreams; nothing on earth can help the person with no determination. If one dream should fall and break into a thousand pieces, never be afraid to pick one of those pieces up and begin again.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 nhận xét:

Post a Comment