Punca Sebenar & Video Kemalangan di Stesen Minyak BHP Temerloh

Seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta parah selepas dilanggar pacuan empat roda yang hilang kawalan di Jalan Temerloh-Mentakab, berhampiran Taman Jalan Bahagia, kira-kira 10 malam tadi.


Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 40-an dalam perjalanan dari arah Mentakab menghala ke Temerloh.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar lampu isyarat sebelum merempuh motosikal yang ditunggang lelaki berusia 20-an.

"Pacuan empat roda itu terus meluru ke arah stesen minyak dan melanggar pula kereta yang dipandu wanita berusia 20-an sebelum melanggar dua lagi kenderaan lain.

"Penunggang motosikal dan pemandu kereta terbabit parah sebelum orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menghulurkan bantuan dengan menghubungi pihak berkuasa," katanya, ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman mengesahkan kejadian itu dan polis akan menahan pemandu pacuan empat roda terbabit untuk tindakan lanjut. - HM

Share on Google Plus

About Unknown

Nothing can stop a person with strong determination from achieving their dreams; nothing on earth can help the person with no determination. If one dream should fall and break into a thousand pieces, never be afraid to pick one of those pieces up and begin again.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 nhận xét:

Post a Comment