Sayu..20 Gambar..Video Saat Kecemasan..TERKINI - 107 Maut, 238 Cedera Kren Tumbang di Masjidilharam

Angka korban kejadian kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat kepada 107 orang manakala 238 dilaporkan cedera. Angka terbaharu itu dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, pagi ini.



"Semua mereka yang cedera dan meninggal dunia sudah dibawa ke hospital," kata Jeneral Suleiman al-Amr, ketua pengarah Jabatan Pertahanan Awam kepada rangkaian televisyen al-Ikhbariya.





Angin kuat dan hujan menyebabkan kren bergoyang dan tumbang. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pentadbiran Masjidilharam Makkah dan Madinah, kren berkenaan menghempap di kawasan jemaah sedang melakukan tawaf di Kaabah.

Sementara itu, Tabung Haji (TH) mengesahkan setakat ini enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan Makkah itu.


Video Berkaitan (p2)


Share on Google Plus

About Unknown

Nothing can stop a person with strong determination from achieving their dreams; nothing on earth can help the person with no determination. If one dream should fall and break into a thousand pieces, never be afraid to pick one of those pieces up and begin again.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 nhận xét:

Post a Comment