Kalau begini soalan UPSR, Guru Sains pun belum dapat A - Rintihan Cikgu


Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi pelajar dapat menempuhi peperiksaan dengan jayanya. Sekarang lepas ujian pertama dan akan menanti ujian seterusnya untuk adik-adik kita diluar sana. 

SEPERTI yang kita ketahui, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 telah tamat secara rasmi semalam.

Namun, muncul beberapa cerita kurang enak apabila seorang guru mempertikaikan soalan UPSR bagi subjek Sains tahun ini yang disifatkan sukar dan di luar kemampuan murid untuk menjawabnya.

Dia yang juga merupakan guru Sains itu meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya berkenaan isu itu menerusi aplikasi WhatsApps sebelum mesej tersebut menjadi viral di media sosial.

Video atau: Apabila wanita menukar pakaia


Menurut guru yang tidak diketahui namanya ini, dia yang sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan mengenai Sains juga tidak mampu menyelesaikan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang sediakan untuk murid Tahun 6.

Dakwanya, penyediaan soalan UPSR bagi subjek Sains kali ini jelas membuktikan kegagalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam merubah sistem peperiksaan kebangsaan
Berikutan itu, dia menegaskan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) agar tidak menyalahkan tenaga pengajar jika bilangan pelajar cemerlang A menurun pada tahun ini.

Artikel berkaitan

TERKINI - TIGA Jemaah Lagi Disahkan Meninggal Dunia.


Share on Google Plus

About Unknown

Nothing can stop a person with strong determination from achieving their dreams; nothing on earth can help the person with no determination. If one dream should fall and break into a thousand pieces, never be afraid to pick one of those pieces up and begin again.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 nhận xét:

Post a Comment