Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan
di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual
sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad
sebagai gundik. – Foto AP
Seorang gadis yang
dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan
Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa
dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa
yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu
lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan
beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Artikel berkaitan
Gambar Aksi ghairah pasangan dalam LRT dirakam!
Mangsa dikatakan telah
menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga
Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan
wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan
menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang
membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit
mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali
sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom,
semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di
Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis
kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di
mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh
diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30
kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke
tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak
henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan.
0 nhận xét:
Post a Comment